Sunday, July 3, 2011

Hikmah di sebalik dugaan

Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang jauh. Memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan untuk melalui jalan-jalan yang berliku.Kita tidak tahu bila dugaan akan berlaku dalam hidup kita. Namun sebagai manusia biasa kehidupan kita ini sentiasa diuji oleh Allah s.w.t.

Di saat -saat kegembiraan sedang dikecapi kita kadangkalan terlalai dan alpa seketika dengan kewujudannya.Yang sentiasa memerhatikan diri dan perbuatan kita. Itulah manusia.Tiba saat dugaan datang melanda barulah kita tersedar dari lamunan.Betapa kerdilnya diri kita di sisinya.Betapa jauhnya kita darinya.
Sesungguhnya Allah itu maha penyayang dan maha pengasih.Setiap dugaaan yang kita hadapi laluilah dengan sabar, Banyakkan berdoa dan dekatkan diri kepadanya. Hanya dia yang maha berkuasa di atas muka bumi ini dan  maha mengetahui setiap perkara yang sedang  dan akan berlaku pada masa akan datang.



Thursday, July 29, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Baru-baru ni pergi bercuti di Lumut, Perak. Saja-saja nak releaskan tension. Yelah kadangkala kita kena rehatkan minda kan. Tapi yang paling seronok budak-budaklah kan. Anak I pun sama. Dapat pergi padang permainan pun dah oklah bagi dia. Ni sebahagian .daripada aksi-aksi Izzati. Dia ni kuat berangan sikit tapi depan orang malu-malu kucing.

pemandangan waktu senja .cantik kan



Aksi-aksi Izzati










Sbhg gambar masa kat Lumut. Tgh fikir nak gi mana plk lps ni .

Biskut Raya

Bulan Syabban sedang dilalui ramadhan al-Mubarak pula bakal menjelma.Tapi di sana sini dah sibuk dengan sample kuih raya. Pelbagai jenis kuih raya .Yg penting ada duit semua boleh dapat. Bagi yang berminat buat kuih raya sendiri pula tak perlulah sibuk mencari kuih raya kan.Begitu juga dengan aku. Setiap kali raya kuih tradisional semperit/biskut dahlia pasti tak tinggal. Kuih kegemaran suami dan anak.Walaupun penat tapi puas dengan hasilnya.Tahun ni tak tau nak buat kuih apa yea.Cerita pasal biskut raya teringat baru ni kena sub buat biskut raya untuk hantaran tunang adik. Apa lagi cari resipi lah dan inilah hasil-hasilnya.

Biskut Badam














Biskut Coco Oat

















Biskut Sampan Strawberry




















Rupanya tak rugi mencuba resipi-resipi yang sedia ada.Selain mengisi masa terluang dapat menjimatkan wang dan menambah pendapatan bagi yang berminat menceburi bidang perniagaan.Apa yang penting kena banyak bersabar.




Wednesday, July 28, 2010

Kek Batik

Salam semua.

Bertemu kita lagi dalam ruangan blog ni.Just nak share with u all tentang resipi kek batik.Mesti pernah makan. My daughter suka sangat dengan kek ni.Baru2 ni dia minta suruh ibu dia buatkan. So rupa kek batik ni mcm dlm pic ni. senang sangat nak buat.

i o

Ni baru kuar dari peti ais,x spt2 nak potong lagi si kecik tu dah mengadap.




Inilah kek batik yg sudah siap. Apalagi jom makan,

Kalau nak cuba ni resipinya

KEK BATIK SIMPLE

Bahan-bahannya

1 pek butter
1 pek milo
1/2 tin susu
1 botol kecil milo
1 bungkus biskut marie

Cara-caranya

-Cairkan butter, masukkan susu & kacau
-campur milo and kacaau hingga sebati
-campur koko &  biskut 
-sedia untuk dihidang

Sunday, December 27, 2009

gambar2 kenangan



Kenangan Alam persekolahan


Salam semua. Wahai teman2 ku kirim2 kanlah berita. Rindu sangat kat korang.Kalian tetap di ingatanku.

Friday, December 25, 2009

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

25/12/2009-5.30PM

Tiba-tiba terasa nak mencoretkan sesuatu ttg erti nilai sebuah persahabatan.Ianya terlalu subjektif.Kita boleh bersahabat dgn seramai yg boleh tapi manakah sahabat yg benar-benar memahami tentang diri kita.Sanggup bersusah senang dalam apa jua keadaan.Sukar mencari shbt sebegitu kan.

Sahabat sejati adalah sahabat yg boleh ketawa dan sedih bersama.Bersama menyelami perasaanya dan letakkan dirinya dalam situasi tersebut. itulah sahabat yg benar-benar berkualiti.Namun zaman ini banyak sahabat yang hanya ingin mengambil kesempatan untuk kesenangan semata-mata.

Bercerita pasal sahabat mengingatkan aku tentang alam persekolahan yg telah lama ditinggalkan. Rindu sangat dengan teman2 di alam persekolahan. Semoga kita dapat bertemu kembali.